TIBA DI PHNOM PENH
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa PhomPenh,rombongan disambut dan dibawa oleh pemandu pelancong untuk terus daftar masuk hotel dan makan tengahari di restoran halal.Selepas makan,rombongan akan dibawa melawat mengelilingi Bandaraya Phnom Penh dan akan mengambil gambar kenangan di Tugu Kemerdekaan Kemboja.Pada sebelah petangnya pula,rombongan akan dibawa untuk santapan malam di sebuah restoran di atas Sungai Mekong terletak di tengah-tengah Bandaraya Phenom Penh.
PHNOM PENH
Selepas sarapan di hotel,rombongan akan melawat Tuol Sleng Genocide Museum dan Choeung Ek Killing Field iaitu sebuah sekolah yang telah diubahsuai menjadi penjara dan pembunuhan kejam secara beramai-ramai oleh Askar Polpot.Selepas itu,rombongan akan dibawa untuk melawat Perkampungan Masyarakat Champa yang keseluruhannya beragama Islam.Selepas solat zohor,rombongan akan diberi sedikit taklimat mengenai masyarakat Islam di Kemboja.Selepas makan tengahari,rombongan akan dibawa membeli belah di sebuah pasar yang terkenal di Kemboja iaitu Phsa Thmei.Makan malam di hotel.
PHNOM PENH-SAIGON
Selepas sarapan,rombongan akan dihantar ke stesen bas untuk menaiki bas ke Vietnam dan dijangka tiba di Ho Chi Minh pada jam 2 petang.Rombongan akan disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa untuk makan tengahari serta mendaftar masuk hotel disana.Pada sebelah malamnya pula,rombongan akan dibawa untuk makan malam dan membeli belah di sekitar pasar malam di tengah Bandaraya Ho Chi Minh.
HO CHI MINH - CUCHI TUNNELS
Selepas sarapan,rombongan akan dibawa ke Chu Chi Underground Tunnels.Sebelum masuk ke Tunnels,peserta boleh menonton video klip tentang sejarah Tunnels.Cu Chi Tunnels dianggap sebagai simbol keberanian rakyat Vietnam.Laluan bawah tanah sepanjang 200km akan memberikan peserta bayangan betapa hebatnya peperangan yang pernah berlaku di South Vietnam.Selepas itu,rombongan akan dibawa solat di masjid berhampiran dan makan tengahari.Rombongan akan bersambung untuk membeli belah di sebuah pasar Ben Zthan.Makan malam di restoran halal sekitar Ho Chi Minh.
SAIGON - KUALA LUMPUR
Selepas sarapan,rombongan akan dibawa untuk mengelilingi Bandaraya Ho Chi Minh dan akan berhenti mengambil gambar kenangan di Pejabat Pos yang menjadi simbol Negara Vietnam.Makan tengahari dan berangkat ke lapangan terbang.
YURAN TERMASUK :
- Penginapan Hotel
- Pengangkutan Bas
- Bas tiket Phnom Penh - Ho Chi Minh
- Makanan
- Tour Guide ( Berbahasa Inggeris)
- Tiket masuk ke tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran
- Tiket penerbangan
- Tipping
BAYARAN TIDAK TERMASUK :
- Bayaran lebihan berat bagasi
- Kos peribadi di hotel (Mini bar,perkhidmatan bilik,laundry,telefon dll)
- Perjalanan insurans(sangat disyorkan)